Mi-Voice MIC News

MIC Menggesa Tindakan Segera Ke Atas Zamri Vinoth -Tuan Thinalan Dato’ T. Rajagopalu, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan

Kenyataan Zamri Vinoth di laman sosial media berkenaan agama Hindu telah mengguris hati masyarakat India, khasnya penganut agama Hindu di negara kita dan ramai yang telah tampil membuat laporan polis terhadap kenyataan beliau.

Namun, masih tidak ada apa-apa tindakan yang telah diambil dan ia menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem penguatkuasaan di negara kita. Zamri Vinoth harus sekurang-kurangnya dihadapkan ke mahkamah, disiasat dan disabit ke atas kesalahaan mengguris perasaan masyarakat Hindu.

Perpaduan antara kaum merupakan tunjang keharmonian di Malaysia. Perkara yang melibatkan 3R tidak boleh ditolak ansur ianya berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk negara kita.

Apa yang diungkitkan oleh Zamri Vinoth boleh dituduh di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan juga di bawah 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyebar kandungan yang jelik.

Individu-individu seperti Zamri Vinoth dan N. Ganesparan adalah ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara, yang boleh menyebabkan kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa.

Maka, MIC menggesa agar tindakan yang setimpal diambil oleh pihak berkuasa agar anasir-anasir fanatik sebegini dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat dan negara kita.