Mi-Voice MIC News MIC Youth

HAK KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA DIPERTIKAIKAN APABILA PENGGUNA AKAUN TIK TOK BERNAMA CIKGU CHANDRA DAN ZAMRI VINOTH TELAH MENCETUSKAN ISU AGAMA & PERKAUMAN SECARA TERBUKA DILAMAN MEDIA SOSIAL

Pemuda MIC Kebangsaan sekeras-kerasnya membantah tindakan oleh pengguna akaun TikTok bernama Cikgu Chandra dan Zamri Vinoth yang beniat buruk telah menyuarakan pendapat peribadi masing-masing dilaman media sosial secara terbuka yang mana telah mengugat keharmonian Negara dan mencetuskan kontroversi dikalangan anak muda khususnya melibatkan isu agama yang menjurus kepada Isu 3R (Agama, Raja dan Kaum)

Berikutan itu, Pemuda MIC seluruh negara telah membuat laporan Polis terhadap video mereka berdua ;

  1. Cikgu Chandra
    Pada 19 Mac 2024 pemilik akaun TikTok bernama Cikgu Chandra telah memuat naik video yang berdurasi 11 saat dan didapati telah menurunkan video dilaman TikToknya tersebut susulan mencetuskan kontroversi. Video ini telah menular di beberapa laman dan melalui aplikasi whatsapp. Lanjutan dari ini itu, pada 23 Mac 2024 sebuah lagi video berbaur agama dan perkauman telah dimuat naik olehnya melalui laman TikTok peribadinya; https://www.tiktok.com/@cikguchandra/video/7349405301348519176 dimana kenyataannya telah mengundang kemarahan warga netizen.
  2. Zamri Vinoth
    Manakala pada 20 Mac 2024 saya telah menonton satu lagi video milik akaun Zamri Vinoth yang telah memuat naik satu video melalui laman https://vt.tiktok.com/ZSFCsY3Le/ . Dalam video tersebut terdapat beberapa kenyataan yang bercangah dengan asas agama Hindu dan mengandungi unsur penghinaan. Lanjutan daripada itu, beberapa siri debat secara siaran langsung melalui laman media sosial turut telah berlangsung dan mendapat perhatian dan kritikan pelbagai lapisan masyarakat dan anak muda dari pelbagai kaum. Maklumbalas Komen Negatif yang berunsur Lucah, mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan dikalangan masyarakat majmuk di Negara kita.

Satu tindakan segara dan tegas harus diambil kepada individu-individu yang terbabit yang telah mendorong kepada penglibatan pelbagai pihak khususnya anak muda untuk bertindak secara agresif dilaman sosial. Ia merupakan satu perkara yang perlu dibanteras dan ditanggani dengan segera oleh pihak Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kami memohon agar tindakan kedua-dua individu ini dikecam dan perkara seperti ini tidak berulang lagi. Pesalah harus dihadapkan ke Mahkamah dan hukuman setimpal harus dikenakan berdasarkan peruntukkan akta dan undang-undang di Negara kita ini. Kami mohon Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 turut digunapakai dan dikuatkuasakan untuk tindakan yang tidak bertanggungjawab mereka ini.

Sekian.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment