Mi-Voice MIC News

PRESIDEN MIC BERSAMA BARISAN KEPIMPINAN PEMUDA, PUTERA & BRIGED

19 Mei 2026 – YBhg Tan Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC telah mengadakan pertemuan bersama barisan Kepimpinan Pemuda, Putera dan Briged MIC bagi membincangkan maklum balas, penglibatan serta pandangan golongan muda terhadap hala tuju parti dan masyarakat.

Sesi ini turut menjadi platform penting untuk mendengar suara anak muda, memahami aspirasi mereka serta memperkukuhkan hubungan antara kepimpinan dan generasi pelapis demi masa depan yang lebih progresif dan inklusif.