Mi-Voice • MIC News

PERSIDANGAN PERWAKILAN MIC NEGERI PULAU PINANG YANG KE – 80

11.9.2026 – YB Datuk Seri M.Saravanan, Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah mewakili Presiden MIC telah merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Pulau Pinang Yang Ke – 80.

Beliau telah menyampaikan amanat Presiden MIC supaya seluruh kepimpinan akar umbi di Pulau Pinang terus memperkukuh perpaduan, memperkasakan penglibatan golongan belia dalam parti serta kekal teguh mendokong kestabilan dan hala tuju organisasi.

Beliau juga menyeru seluruh jentera parti di peringkat negeri ini agar terus menjiwai semangat muafakat, memperhebat gerak kerja turun padang menyantuni masyarakat serta proaktif memacu momentum dan trend positif di platform media sosial demi masa depan parti.

Tahniah kepada YBhg Datuk J Dhinagaran, Pengerusi MIC Negeri Pulau Pinang serta seluruh barisan kepimpinan atas kejayaan menganjurkan Persidangan Perwakilan Negeri Pulau Pinang dengan jayanya.

Turut hadir YBhg Datuk Seri R.S.Thanenthiren, Presiden Makkal Sakthi, Barisan Kepimpinan MIC Pusat & Pengerusi MIC Negeri, Bahagian dan Cawangan.