Mi-Voice • MIC News

PERSIDANGAN PERWAKILAN MIC NEGERI KEDAH YANG KE – 80

11.9.2026 – YB Datuk Seri M.Saravanan, Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah mewakili Presiden MIC telah merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Kedah Yang Ke – 80 di Gandhi Hall, Sg Petani.

Beliau telah menyampaikan amanat Presiden MIC supaya seluruh kepimpinan akar umbi di Kedah terus memperkukuh perpaduan, komited membela kebajikan masyarakat India, serta kekal teguh mendokong kestabilan dan hala tuju parti.

Beliau juga menyeru ahli-ahli di peringkat negeri ini agar konsisten meneruskan agenda pembangunan parti dan sentiasa turun padang menyantuni rakyat demi kejayaan bersama.

Tahniah kepada Encik Suresh, Pengerusi MIC Negeri Kedah serta seluruh barisan kepimpinan atas kejayaan menganjurkan Persidangan Perwakilan Negeri Kedah dengan jayanya.

Turut hadir Barisan Kepimpinan MIC Pusat & Pengerusi MIC Negeri, Bahagian dan Cawangan.