Mi-Voice MIC News

Lucutkan Kewarganegaraan N. Ganesparan – Tuan Thinalan Dato’ T.Rajagopalu, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan

MIC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan N. Ganesparan, warga Malaysia yang berselindung di negara Jerman dan telah mengeluarkan video yang bersifat menghina agama Islam, Sultan Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihak polis telah melaporkan bahawa N. Ganesparan telah meninggalkan negara sejak 2018, dan ini bukan kali pertama tindakan individu itu melibatkan isu sensitif seperti institusi beraja, agama dan politik. Dari 2018 hingga kini, 22 kes telah dibuka. Pada 2021 pihak polis telah buat pertuduhan tanpa kehadiran N. Ganesparan kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Individu seperti N. Ganesparan adalah ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara, yang boleh menyebabkan kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa.

Maka, MIC menggesa agar tindakan segera diambil oleh Kerajaan agar anasir tidak setia kepada negara sebegini dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat dan negara kita.

Kewarganegaraan N. Ganesparan harus dilucutkan kerana individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya, seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara kita.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment