Mi-Voice MIC News

MIC nafi bawa resolusi bebaskan Najib dalam perhimpunan agung

Presiden MIC SA Vigneswaran menafikan laporan bahawa parti itu mengemukakan resolusi untuk “membebaskan” bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang.

“Ia tidak dalam manifesto dan laporan itu tidak mewakili MIC,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal bahawa Perhimpunan Agung Tahunan MIC hari ini mengemukakan resolusi itu, yang didakwa sebagai mengenang jasanya kepada negara dan masyarakat India.

Terdahulu, MIC hari ini mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan ke-76 yang dirasmikan oleh Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam perhimpunan tersebut, MIC turut melancarkan manifesto kepada masyarakat India menjelang PRU15 yang akan diadakan dalam masa terdekat, susulan pembubaran Parlimen seperti yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob petang tadi.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dia juga dihukum denda RM210 juta dalam kes itu.

Sebelum ini, Zahid yang juga presiden Umno turut menyuarakan sokongan kepada kempen pengampunan diraja untuk Najib.

https://m.malaysiakini.com/news/639021

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment