Mi-Voice MIC News PRN Johor 2022

Sekitar kempem Calon #BarisanNasional YB Raven Kumar Krishnasamy #DUNTenggaroh

Memulakan pagi hari ini dengan menghadiri sarapan pagi bersama kakitangan kerajaan di Kantin Pejabat Daerah Mersing.

Dalam perjumpaan tadi, YB Raven Kumar telah menzahirkan harapan agar semua kakitangan awam menjalankan amanah yang dipertanggung jawabkan dengan penuh intergriti, berdaya saing dan kreatif.

YB Raven Kumar baru tadi habis menyaksikan perlawanan badminton anjuran PEMUDA Felda Nitar 1. Memang pemuda Tenggaroh aktif bersukan di kampung mereka sendiri serta semangat kekeluargaan mereka cukup memberangsangkan. Sokongan semangat dilaungkan oleh masing-masing ketika mereka bersaing sebagai satu pasukan patut diteladani.

Sempat juga beliau berborak santai bersama pemuda dan jangan lupa untuk undi Barisan Nasional pada 12hb nanti.

Baru selesai perlawanan bola sepak antara Nitar United FC dengan Tenggaroh 2 FC. Memang skill semua pemain padu dan perlawanan dimenangi dengan 2-0 berpihak kepada Tenggaroh 2 FC.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan di dalam sukan , memang adat permainan ada yang menang atau kalah, kadang-kadang seri. Tapi di dalam bab kemakmuran rakyat demi kestabilan, BN mesti menang untuk masa depan.

Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 dengan rasminya dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan bersama YB Raven Kumar dan Calon Dun Endau Sdr. Youzaimi Mohd Yusof.

Secara keseluruhan, Kerajaan Keluarga Malaysia menyalurkan sebanyak RM 2 bilion bagi Insentif Penggajian dibawah Inisiatif Jamin Kerja ini. Sehingga Februari 2022, terdapat sebanyak 815,316 kekosongan jawatan aktif disediakan kepada pencari kerja di seluruh Malaysia menerusi portal MyFutureJobs.

Program sembang santai Bossku Datuk Seri Najib Razak bersama anak pengasas Felda dan pengundi Tenggaroh di Dewan Felda Tenggaroh 2.

Pengundi Tenggaroh yang hadir telah mengucapkan ribuan Terima kepada Datuk Seri Najib Razak yang telah membantu meningkatkan ekonomi masyarakat Tenggaroh semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Sekitar Sembang Santai Bersama Masyarakat cina Jemeluang oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia #Bossku Dato’ Seri Najib Razak di PDM Jemeluang.

Lawan tetap lawan!

Perjalanan YB Raven Kumar bersama pengundi juga diselitkan dengan aktiviti dengan memenuhi jemputan pada majlis bacaan yasin dan doa selamat di rumah En Mat Dali bin Hanan di Felda Nitar Timur dan di PDM Kg Pengkalan Batu yang diadakan oleh wanita di sini.

Program Walkabout diteruskan di Bandar Mersing pagi tadi. YB Raven Kumar juga mengambil kesempatan ini untuk mendengar setiap permasalahan yang dihadapi oleh mereka terutamanya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Tetapi apabila YB Raven Kumar melalui Pusat Latihan kemahiran keusahawanan Mersing, terkejut pula bila dijemput untuk turut sertai perjumpaan bersama usahawan IKS Mersing sebentar tadi. Program berlangsung dengan lancar dan pelbagai topik dibincangkan yang turut termasuk insiatif kerajaan negeri dan pusat serta idea dan usaha yang perlu dilaksanakan untuk membawa Tenggaroh lebih ke hadapan daripada apa yang sedia ada.

Baru selesai sarapan pagi dan senamrobik bersama warga Felda Nitar 1 di Dewan Felda Nitar 1. Senamrobik amat menyeronokkan kerana bersukan mengikut rentak muzik dan berkumpulan.

YB Raven Kumar Krishnasamy juga sempat bersarapan pagi bersama pengundi di Warung Wak Daim.

Wanita hebat pasti bertindak dengan tepat.
Wanita hebat pasti selalu mempunyai tempat.

Wanita di DUN Tenggaroh ni semua memang
hebat-hebat belaka dan terima kasih kerana menjemput saya menghadiri Sambutan Hari Wanita yang dianjurkan semalam oleh Persatuan Wanita Taman Wawasan.