Mi-Voice MIC News PRN Johor 2022

PERASMIAN PENGENDALI PERANCAH

YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC sempat meninjau perjalanan dan merasmikan Kursus Pengendali Perancah, sebuah program latihan bagi penempatan pekerjaan di Balai Raya Kampung Genuang India, Segamat. Program anjuran Linsun Engineering Sdn Bhd ini menyediakan peluang kerjaya di dalam bidang Gas dan Petroleum bagi para peserta.

Syabas dan tahniah kepada 50 orang peserta program ini yang tampil merebut peluang yang disediakan. Semoga lebih banyak syarikat dapat mencontohi inisiatif Linsun Engineering di dalam menawarkan pakej latihan dan kerjaya kepada tenaga kerja tempatan.

Turut hadir bersama beliau YB Senator Datuk T. Mohan, Timbalan Pengerusi Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merangkap Naib Presiden MIC dan Tuan Haji Ayop Salleh, Pengarah Eksekutif NIOSH.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment