Mi-Voice MIC News PRN Johor 2022

Sekitar Kempen Calon #BarisanNasional Encik Suppayah #DUNBukitBatu

WALKABOUT SEKITAR BUKIT BATU

Kempen hari ini diteruskan dengan mengadakan walkabout di sekitar pekan Bukit Batu.

Sempat Encik Suppayah menyantuni masyarakat setempat. Rata-rata berikan respon yang cukup baik kepada saya.

Semoga semua pilih BN.

LAWATAN KE PERSATUAN KEBAJIKAN SAN CHUAN

Hari ini Encik Suppayah telah melawat Persatuan Kebajikan San Chuan Bukit Batu.

Banyak cadangan berkenaan isu kebajikan masyarakat Cina telah disampaikan kepada beliau

Kita wajar memilih Kestabilan Masa Depan. Kita Pilih Barisan Nasional.

SESI PERJUMPAAN BERSAMA NAIB PRESIDEN MIC

Terima Kasih kepada Datuk Asojan , Naib Presiden MIC & Dato Sivarajh yang sudi turun ke Bukit Batu.

Terima Kasih juga atas nasihat, cadangan idea dan strategik yang dikongsikan.

Semoga DUN Bukit Batu milik MIC & BN

SESI TEMURAMAH

Sempat Encik Suppayah kongsikan aspirasi beliau bagi membangunkan Bukit Batu ini kepada team dari BNYV Johor & Akhbar Desam.

Banyak perkara ingin beliau lakukan di Bukit Batu dengan mengambil kira keperluan semua segenap segmen masyarakat.

Pagi ini dimulakan dengan sarapan pagi bersama komuniti setempat.

Paling penting mereka mahukan sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan.

TERIMA KASIH JENTERA BN

Siang dan malam mahupun panas dan hujan, jentera BN terus bersemangat usaha demi memastikan kemenangan milik BN di Dun Bukit Batu ini.

Pengorbanan anda semua amat dihargai.

Ayuh kita pastikan BN menang majoriti dlm PRN ini!

PEMUDA MIC TULANG BELAKANG PARTI

Encik Suppayah selaku calon BN di Bukit Batu ini begitu kagum dan bangga dengan komitmen yang diberikan oleh PemudaMIC di DUN Bukit Batu.

Pemuda MIC terus menjadi tulang belakang parti selain proaktif dalam penganjuran dan menjayakan pelbagai program di DUN ini.

Anak muda pilih BN demi kestabilan.

LAWATAN TAPAK KUIL SRI NAGAKANNI ALAYAM

BN akan pastikan kebajikan semua segmen masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Bukit Batu ini terjaga.

Hari ini En Suppayah bersama pemimpin setempat telah melawat tapak Kuil Sri Nagakanni Alayam.

Semoga dipermudahkan urusan.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment