MIC Putera MIC Puteri

Ketua Putera MIC & Ketua Puteri MIC mengunjung hormat ke Kolej TAFE

Tempoh hari Ketua Putera MIC ke Kolej TAFE di Seremban bersama Ketua Puteri Kebangsaan Cik Shaliny Rajaram & rakan-rakan #teamPuteraMIC untuk melihat sendiri program pengajian yang ditawarkan atas jemputan Dato Ibrahim Shah. Kami amat kagum dengan makmal latihan & kepakaran tenaga pengajar di institusi ini. Malahan juga, program di TAFE diiktiraf MQA & JPK.

Atas usaha murni kepimpinan MIED di bawah YBhg Tan Sri Dato Sri Dr. SA Vigneswaran, Pengerusi MIED merangkap Utusan Khas Malaysia ke India & Negara-Negara Asia Selatan, pelbagai geran pendidikan, biasiswa & pinjaman disediakan oleh MIED agar pelajar tidak perlu risau untuk membayar yuran pengajian yang tinggi. Ayuh adik-adik, jom sertai #KolejTAFE!

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment