MIC Putera

MESYUARAT PENGURUSAN PUTERA MIC KEBANGSAAN

1. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Kishva Ambigapathy, Ketua Putera MIC Kebangsaan. Umum maklum bahang Pilihanraya Negeri (PRN) Johor kian dirasai, mesyuarat kali ini khusus membincangkan perancangan serta beberapa gerakan dalam membantu kemenangan besar calon MIC khususnya dan Barisan Nasional amnya.

2. Dr. Shatesh Kumar, Timbalan Ketua Putera MIC Kebangsaan diberi mandat sebagai Pengarah Jentera Putera MIC PRN Johor. Saudara Ravin Dhramasilam pula dilantik sebagai Ketua Penyelaras Putera MIC bagi PRN Johor. Semoga lantikan ini mampu memperkuat jentera dalam menghadapi PRN. Tahniah diucapkan.

3. Putera MIC yakin dapat memberi nilai tambah dalam gerakan memberi kesedaran mengenai kepentingan memilih calon wakil rakyat yang benar-benar memberi khidmat bakti, bukan pemimpin retorik dan bermusim. “Track Record” cemerlang pimpinan Barisan Nasional dan pemimpin MIC tidak dapat dinafikan. Sejarah membuktikan segalanya.

4. Pada masa sama, kami sedar ratusan ribu pengundi anak muda akan keluar menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi disaat Undi18 berkuatkuasa. Kami percaya generasi kini semakin bijak memilih, mereka tahu apa yang dimahukan dan tidak lagi akan termakan janji manis, hasutan dan politik dangkal yang telah dipertonton oleh mereka.

5. Walaupun begitu, politik fitnah, kotor di arus media massa oleh politikus perlu segera diberi perhatian. Putera MIC akan terus menyusun gerak mendekati golongan anak muda dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional.

6. Apa jua ikatan yang dibentuk parti lawan, rakyat sudah melihat kegagalan mereka berulang kali. Rakyat sudah serik. Rakyat tidak lagi mahu terseksa dibawah Pakatan Harapan. Rakyat Johor bijak memilih, ini masa mereka menentu Kerajaan Negeri yang stabil dan cemerlang.

7. Kami yakin dan percaya, BN Johor komited dalam memperjuang nasib Rakyat dan menjunjung agenda kepedulian rakyat sebagai pedoman serta panduan dalam setiap perancangan negeri.

8. Putera MIC akan terus bersama berjuang demi kemakmuran dan kestabilan, yang hanya dapat kita peroleh dibawah pentadbiran Barisan Nasional. Bangkit anak muda dan rakyat Johor, lakukan penilaian, berikan kepercayaan penuh kepada pimpinan Barisan Nasional Johor.

PUTERA MIC KEBANGSAAN
JUMAAT 4 FEBRUARI 2022

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment