MIC Puteri

Mesyuarat Khas Persiapan PRN Johor Puteri MIC Kebangsaan bersama Puteri UMNO Johor

Cik Shaliny Rajaram, Ketua Puteri MIC Kebangsaan telah mengadakan satu mesyuarat khas dalam persiapan untuk menghadapi PRN JOHOR bersama dengan PUTERI UMNO JOHOR di Hotel De Angasana Johor Bahru.

Beliau telah dapat membawa beberapa perkara ke meja perbincangan seperti pelancaran Program Jelajah Nasionalisme, Strategtik Kempen PRN Johor dan Usahasama Aktiviti untuk menjalin hubungan lebih akrab dikalangan Puteri-Puteri Barisan Nasional.

Justeru itu, kebersamaan ini akan membantu Sayap Puteri BN Nasional/Johor dlm mendekati Pengundi-Pengundi diperingkat akar umbi dan secara terus dapat meraih undi awal yang lebih jitu.

Beliau ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Ain, Ketua Puteri UMNO Johor, Cik Logeswary Puteri MIC Johor dan seluruh AJKnya yang meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat yang berlangsung dengan penuh lancar.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment