MIC Puteri

Janji dikotakan Misi Bantuan Puteri MIC Kebangsaan ke Kapar Kali ke-4 yang berfokuskan Kawasan Luar Bandar

Cik Shaliny Rajaram, Ketua Puteri MIC Kebangsaan, Cik Rhaveena Sri, Setiausaha Puteri MIC Kebangsaan, Cik Thiviya, SiswaMIC dan Ketua Puteri MIC Bahagian Kapar Cik Lina Tharshana telah menyampaikan sumbangan barangan kegunaan harian kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Kapar terutamanya bagi golongan B40 yang tinggal di kawasan luar bandar. Kami Puteri Kebangsaan MIC lebih memberikan tumpuan kepada penduduk kawasan luar bandar yang masih memerlukan bantuan harian untuk melalui kehidupan mereka tanpa sebarang masalah. Sudah terang lagi bersuluh, kami turun padang ke Kapar sebelum ini beberapa kali dan menunaikan bantuan-bantuan yang diminta oleh mereka kepada kami seperti tilam, bantal dan barangan kegunaan harian.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Suresh Kumar, Ketua Pemuda MIC bahagian Padang Serai bagaikan tunas harapan atas sumbangan barangan mereka dalam proses bantuan ini.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment