MIC Youth

PENJELASAN BERKENAAN DAKWAAN ENCIK CHENDEREN BERHUBUNG BANTUAN KERAJAAN UNTUK ADIK SREE ABIRAMEE.

  1. Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara pada 12 Januari 2021 telah pun mendapatkan status pengecualian cukai untuk Yayasan Sree Abiramee.
  2. Tujuan status pengecualian cukai ini adalah untuk membantu usaha Encik Chenderen, ayah kepada adik Sree Abiramee untuk mengumpul dana melalui sumbangan awam serta koperat bagi membiayai keperluan adik Sree Abiramee.
  3. Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican juga telah menulis kepada Duta Besar Latvia ke Malaysia, TYT Normans Penke untuk mendapatkan kelulusan kemasukan serta visa untuk tempoh 3 tahun dari Kerajaan Latvia bagi latihan di Marupes International Figure Skating School yang perlu dijalani adik Sree Abiramee.
  4. Pada awalnya saya tidak mahu menulis soal perkara ini memandangkan KBS dan pihak Adik Sree Abiramee, terutamanya ayahnya telah pun dimaklumkan tentang kedua – dua perkara ini.
  5. Namun hari ini saya terpanggil untuk kongsi berikutan dakwaan Encik Chenderen yang kata KBS dan MIC tidak bantu mereka seperti yang telah dilaporkan oleh FMT.
  6. Dakwaan bahawa KBS dan MIC tidak bantu mereka adalah sesuatu yang tidak benar. Kita terus mencuba untuk mengusahakan pelbagai bantuan atas kepentingan masa hadapan Adik Sree Abiramee. Adalah tidak wajar untuk Encik Chenderen, membuat tuduhan / dakwaan yang tak berasas seperti ini.
  7. KBS dan MIC telah mengusahakan pelbagai bantuan untuk membantu adik Sree Abiramee setakat ini.

Theeageesh Ganesan
Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan
Pegawai Menteri Belia dan Sukan

https://www.facebook.com/1748934551/posts/10208363884371905/?d=n

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment