MIC Youth

Jangan gadaikan masa depan anak dengan lemparan fitnah, ayah Abiraame ditegur

KUALA LUMPUR, Feb 3: Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan hari ini menyaran B Chendren Balakrishnan, ayah kepada ratu sukan luncur ais negara Sree Abiraame agar tidak menggadaikan masa hadapan dan cita-cita anak beliau dengan lemparan fitnah yang melulu.

“Sejak semalam, pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Chendren kononnya Kementerian Beliau dan Sukan serta parti MIC tidak membantu anaknya yang kini menjalani latihan di negara Latvia. Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran yang bertemu sendiri Sree Abiraame seisi keluarga pada tahun lepas telah menyampaikan bantuan tunai RM 20,000 yang berjanji akan mengulanginya bagi 8 tahun.”

“Malah, beliau juga telah menghubungi sendiri pihak berkuasa negara Latvia bagi memudahkan urusan dokumentasi adik Sree Abiraame sekeluarga,” kata Thinalan T Rajagopalu, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan dengan bukti dokumentasi berkenaan disediakan kepada The Sentral.

“B. Chenderean merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Sepang mewakili parti PKR, penyokong kuat parti berkenaan. Namun, merentasi batasan politik MIC telah tampil bagi merealisasikan impian adik Sree Abiraame.”

“Jika terdapat kekangan ekonomi dan kos yang meningkat, sepatutnya is patut dibangkitkan bagi penyelesaian bersama. MIC tidak pernah akan berganjak dari menyantuni aspirasi anak muda kita, lebih-lebih lagi dengan potensi adik Sree Abiraame yang begitu menyerlah,” kata Thinalan.

“Ayah Abiraame juga tidak patut mempolitikkan perkara ini. Di dalam temuramah yang diberikan kepada Free Malaysia Today, Chenderean telah menyatakan bahawa ahli perniagaan dan pemimpin PKR, Ohms Thiagarajan telah berjanji untuk menyumbang RM800,000, tetapi tidak menyatakan wang itu sudah diberikan atau tidak.”

“Jangan lah asyik mengutuk MIC sahaja. Kami tolong walaupun sedar anda penyokong tegar PKR,” Thinalan selar Chenderean lagi.

https://www.thesentral.my/2021/02/03/jangan-gadaikan-masa-depan-anak-dengan-lemparan-fitnah-ayah-abiraame-ditegur/

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment