MIC Youth

PEMBANTU MB KEDAH PATUT MENASIHATI MB TERLEBIH DAHULU

  1. Merujuk kenyataan Saudara Afnan Hamimi Taib Azamudden, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah yang bertanya “Kenapa tak kritik 7 negeri tanpa cuti Thaipusam” seperti yang dilaporkan dalam beberapa media arus perdana, suka saya mengingatkan kepada Suadara Afnan supaya jangan masuk campur dalam isu yang melibatkan kepimpinan tertinggi parti.
  2. Biarpun isu ini pada dasarnya wujud akibat kedegilan dan “ego” Menteri Besar Kedah sendiri, kepimpinan tertinggi MIC dan PAS terus cuba mencari titik persamaan agar satu penyelesaian yang lebih baik untuk semua dapat dicapai dalam masa terdekat.
  3. Adalah tidak wajar untuk mana – mana pihak yang tidak berkaitan terutamanya dari kalangan setiausaha dan pembantu untuk campur tangan dalam isu ini bila mana kepimpinan tertinggi kedua – dua parti sedang cuba mencari jalan penyelesaian.
  4. Ini “common sense”. Rasanya saya tak perlu pun mendidik Suadara Afnan tentang perkara ini memandangkan sebagai Setiausaha Politik beliau patut lebih tahu dan faham tentang tatacara dalam parti. Biarkan kepimpinan tertinggi parti yang menyelesaikan isu ini, kamu tidak perlu campur tangan.
  5. Menjawab soalan Saudara Afnan “Kenapa tak kritik 7 negeri tanpa cuti Thaipusam”, saya harap Saudara Afnan meluangkan sedikit masa membaca bagaimana Ketua Menteri Melaka menguruskan isu ini.
  6. Melaka juga tiada cuti umum untuk Thaipusam tetapi Ketua Menteri Melaka boleh bertimbang rasa dan membenarkan supaya penjawat awam Melaka beragama Hindu untuk mengambil cuti sempena Thaipusam.
  7. Ketua Menteri Melaka juga turut memohon supaya Kementerian Kesihatan Malaysia dapat memberi cuti kepada kakitangan kesihatan beragama Hindu agar mereka turut dapat memenuhi tuntutan keagamaan mereka.
  8. Mungkin Saudara Afnan boleh menasihati majikan beliau terlebih dahulu tentang perwatakan yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang bergelar pemimpin sebelum bertanya pada orang lain kenapa majikan beliau sahaja dikritik.
  9. Kalau begini caranya Menteri Besar Kedah dan barisan setiausaha dan pembantunya hendak menguruskan isu ini, saya langsung tiada kepercayaan bahawa PAS mampu menjadi parti untuk semua seperti yang selalu dikatakan dengan slogan “PAS for All”.

THEEAGEESH GANESAN
SETIAUSAHA PEMUDA MIC KEBANGSAAN

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment