MIC Youth

Pemuda MIC mengadakan perjumpaan bersama NGO Belia India

Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Thinalan T.Rajagopalu telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin NGO Belia India. NGO Belia India diwakili oleh Sdr Gobi Kumaran, Presiden Majlis Kelab Bell Belia Tamil (MKBBT), Sdr Siva Balan, Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC), Sdr Syed Osman, Presiden Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) dan Sdr Ananthan, Naib Presiden Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO).Turut hadir bersama Theeageesh Ganesan, Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan.

Perjumpaan ini bertujuan dalam menjalinkan kerjasama dan persefahaman diantara Pergerakan Pemuda MIC dengan semua gabungan pertubuhan Belia India supaya pembangunan produktif berterusan dapat dipertingkatkan. Usaha sama belia demi matlamat pertubuhan belia dapat direalisasikan dengan wujudnya permuafakatan sebegini.

Pemuda MIC juga bertekad untuk mengadakan perjumpaan bersama pertubuhan-pertubuhan belia India yang giat aktif menjalankan pelbagai aktiviti dalam jangaka masa terdekat.