Mi-Voice MIC News

270 rakyat Malaysia terkandas di Bangladesh, termasuk 219 pelajar selamat tiba di tanahair

SEPANG, Mac 26: Seramai 270 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Bangladesh akibat pembatalan penerbangan berikutan penularan wabak Covid-19 selamat tiba di KLIA pagi tadi menerusi pesawat Malaysia Airlines yang ditaja oleh parti MIC.

Misi membawa pulang rakyat Malaysia tersebut, termasuk 219 orang pelajar bidang berkait perubatan di beberapa buah universiti di Bangladesh telah diusahakan oleh parti MIC dengan kos RM 250,000 setelah mendengar rintihan mereka yang terjejas serta kaum keluarga mereka di Malaysia.

“Kami amat bersyukur dan ingin merakamkan penghargaan kami kepada Presiden MIC yang juga Yang Di Pertua Dewan Negara Tan SA Vigneswaran, Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Wisma Putera, pihak Malaysia Airlines serta semua pihak yang terbabit di dalam membawa pulang kami dari Bangladesh,” kata Akmal Bin Azizan, wakil kumpulan pelajar Malaysia tersebut.

Seorang lagi pelajar, Tharamish Kumar Raja Kumar berkata semua rakyat Malaysia yang terbabit amat terharu dengan keprihatinan dan komitmen semua pihak yang di dalam misi kemanusiaan tersebut dan berterima kasih kepada Tan Sri SA Vigneswaran dan Datuk Seri M. Saravanan yang tampil mengatur penerbangan dengan kos ditanggung parti MIC pada kadar segera. – The Sentral

https://www.thesentral.my/2020/03/26/270-rakyat-malaysia-terkandas-di-bangladesh-termasuk-219-pelajar-selamat-tiba-di-tanahair/

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment