MIC News MIC Putera

Kontroversi Soalan Peperiksaan Universiti : Putera MIC Gesa KPM Campur Tangan Batalkan Peperiksaan

  1. Putera MIC melahirkan rasa kesal terhadap Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) berikutan isu soalan perperiksaan yang tidak mempertimbangkan sensitiviti perkauman di Malaysia khususnya dalam peperiksaan Kursus Hubungan Etnik (Kod UUW 235) yang telah berjalan semalam.
  2. Sebagai sebuah sayap parti MIC yang mengutamakan dan memperjuangkan hak mahasiswa selaris dengan prinsip kelestarian perpaduan, Putera MIC sama sekali tidak bersetuju dan merasakan ianya amat tidak wajar bagi sesebuah institusi pengajian tinggi awam menggubal soalan peperiksaan yang tidak sehaluan dengan objektif Kursus Hubungan Etnik di Malaysia dengan mengaitkan Dr Zakir Naik dalam soalan peperiksaan tersebut, lebih lebih lagi dalam ketika Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha menghadkan dan menyekat perkembangan pengaruh pendakwah berkontroversi tersebut atas dasar memelihara perpaduan dan sensitiviti perkauman.
  3. Kursus Hubungan Etnik di UNIMAP seharusnya memupuk semangat perpaduan diantara mahasiswa yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, bangsa, budaya dan kepercayaan. Dengan memainkan isu Dr Zakir sebagai komponen dalam soalan peperiksaan ianya dengan jelas mencerminkan kegagalan UNIMAP dalam fungsinya sebagai Institusi Pengajian Awam yang bertanggungjawab.
  4. Putera MIC mengesa pihak Universiti Malaysia Perlis untuk membatalkan kertas peperiksaan Kursus Hubungan Etnik yang dilihat tidak munasabah dan diluar konteks perpaduan yang sering diwar- warkan oleh pimpinan negara dan ianya dengan jelas bercanggah dengan prinsip pemeliharaan perpaduan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
  5. Dalam isu ini, Putera MIC menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia supaya bertindak dengan lebih bertanggungjawab dan tidak melepaskan tangan dengan alasan alasan yang dilihat remeh dan tidak munasabah. Alasan bahawa KPM tidak dapat mencampuri urusan pentadbiran institusi pengajian tinggi tidak dapat diterima langsung memandangkan KPM adalah kuasa eksekutif yang telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaksanakan dasar pendidikan negara dan semua institusi pengajian tinggi tertakluk kepada pengelolaan KPM.
  6. Sudahlah kecuaian yang mungkin disengajakan oleh sesetengah pihak di UNIMAP telah megguris semangat perpaduan, tetapi apa yang lebih menyedihkan adalah kegagalan Kementerian Pendidikan Malaysia menanggani isu ini dengan efisyen dan efektif dengan membiarkannya melarat.

PADMARAJAH SELVARAJAH KETUA PUTERA MIC KEBANGSAAN

About the author

TheVoice

Add Comment

Click here to post a comment