MIC News

Soalan Universiti Kait Dr Zakir Naik, Naib Presiden MIC Mahu Penjelasan

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2019 – Naib Presiden MIC, Dato Sivaraajh Chandran menyuarakan rasa kesal dan menyoal tindakan sebuah universiti awam tempatan yang berada di Negeri Perlis akan satu soalan kontroversi yang dikeluarkan dalam peperiksaan akhir semester tahun.

Soalan yang mengaitkan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik juga disertakan dengan empat pilihan jawapan juga dilihat tidak sesuai untuk soalan tersebut. Soalan ini dipercayai daripada kertas peperiksaan Kursus Hubungan Etnik (UUW 235) yang diadakan pada hari ini.

“Saya kurang faham kenapa soalan-soalan yang tidak menghormati sensitiviti kaum dikeluarkan sebagai soalan dalam peperiksaan subjek yang patut bantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pelbagai kaum / agama berbeza.” kata Dato Sivarraajh Chandran yang menerima gambar soalan tersebut melalui whatsapp.

Harap pentadbiran UniMAP akan segera tampil memberi pengesahan dan penjelasan terhadap perkara ini.” tegas Dato Sivarraajh. – Sumber: The Capital Post

About the author

TheVoice

Add Comment

Click here to post a comment