MIC Youth

5 SEBAB PAKATAN HARAPAN WAJIB DITOLAK DI PRK TANJUNG PIAI

  1. Perdana Menteri dan Ahli Kabinet yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan rakyat sampai seringkali membuat kenyataan – kenyataan bersifat rasis. Akibatnya, perpaduan rakyat semakin tergugat. Contohnya, Perdana Menteri menggelar rakyat Malaysia berbangsa India dan Cina sebagai Orang Asing manakala Menteri Kewangan pula menuduh kerjasama di antara orang Melayu sebagai deklarasi perang terhadap orang bukan Melayu.
  2. Rule of Law yang semakin hari menjadi Rule of Jungle dimana undang-undang negara terus dihina dan dipermainkan kepimpinan Pakatan Harapan. Misalnya, di PRK Tanjung Piai sahaja terdapat hampir 10 kesalahan Pilihan Raya dari Pakatan Harapan melibatkan pemberian wang, penyalahgunaan aset kerajaan serta membuat kenyataan-kenyataan berniat jahat dan berbaur perkauman. Walaupun begitu jelas, SPR terus dikawal dan dikongkong oleh Kerajaan Pakatan Harapan sehingga SPR terpaksa berdiam diri.
  3. Ekonomi negara semakin merundum akibat sikap serta tindakan besar kepala kepimpinan Pakatan Harapan yang mencari pasal dengan negara – negara dunia yang lain. Pada awalnya dengan China dan yang terbaharu dengan India yang akhirnya memakan diri apabila kedua-dua negara tersebut mula bertindak balas dengan mengurangkan/memboikot Malaysia. Akhirnya rakyat juga yang merana.
  4. Tadbir urus negara yang lemah sehinggakan aset negara bernilai hampir RM 30 Billion dijual dalam tempoh lebih kurang 500 hari. Penjualan aset ini termasuk aset-aset pelaburan strategik negara dalam bentuk projek ataupun pegangan saham dalam pelbagai bidang. Hutang negara pula meningkat sebanyak RM 58 Billion, dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2019 walaupun sebelum ini Pakatan Harapan yang mendakwa negara akan bankrap dan sebagainya.
  5. Janji – janji Pilihan Raya yang hanya tinggal sekadar janji walaupun sudah hampir 18 bulan Pakatan Harapan memerintah. Jika sebelum ini mereka menggunakan “Hutang negara” sebagai alasan sekarang mereka berterus – terang serta memperakui bahawa manifesto bukanlah kitab suci sampai semua janji – janji perlu ditunaikan.

Rakyat mengundi Pakatan Harapan dalam PRU lepas sebab mereka mahukan perubahan tetapi sekarang, semakin hari, semakin terbukti sikap sebenar Pakatan Harapan yang hipokrit. Segala janji bulan dan bintang mereka terbukti sebagai penipuan yang hanya sekadar bertujuan untuk mendapatkan kuasa.

Tatkala mereka menikmati kuasa, rakyat di luar terus diabaikan seolah – olah peribahasa habis madu sepah dibuang. Gunakanlah PRK Tanjung Piai ini sebagai medan untuk mengajar mereka ini secukupnya – cukupnya. Kita wajib menolak Pakatan Harapan atas kegagalan mereka untuk tadbir urus negara seperti yang dijanjikan.

Undilah calon Barisan Nasional. Tolak Pakatan Harapan sebagai isyarat rakyat semakin sedar dan meluat dengan retorik lapuk mereka!

Sritheran Renganathan
Ketua Pemuda MIC Selangor.