Mi-Voice MIC News

Sesi taklimat kepada Ketua Cawangan MIC Baru

Sesi taklimat kepada Ketua Cawangan MIC Baru telah berlangsung di Ibu Pejabat MIC.

YBhg Datuk RT Rajasekaran, Setiausaha Agung MIC telah memberi ucapan aluan dan pengenalan tentang #MIC. Seterusnya, En.Sivanyanam, Setiausaha MIC Negeri Selangor telah menerangkan peranan Ketua Cawangan MIC manakala YBhg Dato Muneandy, Setiausaha Organisasi MIC telah menerangkan sejarah MIC & sumbangan MIC kepada masyarakat dan negara. Taklimat Hak Ahli MIC mengikut Perlembagaan MIC telah diberikan oleh Encik Murugavelu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

Tuan Thinalan Dato’ T.Rajagopalu, Ketua Penerangan MIC Pusat telah menyampaikan taklimat tentang kaedah menyalurkan maklumat/berita melalui laman media sosial kepada warga tempatan di kawasan masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada Para Ketua Cawangan MIC yang baru.

Selamat berkhidmat.

#INFOMIC #MICCares #MICBranchChairman #KetuaCawanganMIC

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment