Mi-Voice MIC News

Mengembalikan kegemilangan MIC lebih 40 tahun di Sungai Siput – Vigneswaran

SUNGAI SIPUT – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menggalas tugas berat untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Siput yang dikuasai parti lawan sejak Pilihan Raya ke-12 (PRU12).

Kerusi tradisi milik Presiden MIC sejak zaman mendiang Tun V.T Sambanthan akhirnya terpaksa diserahkan kepada M. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) apabila Tun S. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi itu pada 2008 dan seterusnya ia menjadi milik D Jeyakumar (PSM) pada 2013 dan S. Kasavan (Pakatan Harapan) pada 2018.

Menyedari Sungai Siput bukan gelangang yang selamat, Vigneswaran memulakan gerak kerja di kawasan tersebut seawal 2019 dengan pelbagai inisiatif, usaha pembaharuan dan kebajikan masyarakat tanpa peruntukan wakil rakyat.

“Ini kerusi kelabu, saya tahu ia tindakan bahaya (bertanding di Sungai Siput) tetapi ini juga merupakan kerusi Presiden dan ditandingi secara tradisi (oleh MIC).

“Saya tidak perlukan kerusi selamat. Saya perlu kembali ke Sungai Siput kerana tempat inilah yang telah memberikan kegemilangan kepada MIC bukan sekali tetapi lebih 40 tahun,” katanya kepada MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Menurut Vigneswaran, masyarakat Sungai Siput memerlukan di Barisan Nasional (BN) dan MIC selepas tiada apa-apa yang berlaku di kawasan itu.

Kata beliau, apa yang ditinggalkan pembangkang ialah fitnah dan kebencian terhadap BN dan MIC.

Pada PRU itu MIC bertanding di di Kapar, Kota Raja, Port Dickson, Segamat, Cameron Highlands, Sungai Siput dan Tapah dan menang dua kerusi Parlimen.

Parti itu menang di Parlimen Tapah dan Cameron Highlands masing-masing menerusi Datuk Seri M. Saravanan dan Datuk C. Sivarraajh namun Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2022/11/18/mengembalikan-kegemilangan-mic-lebih-40-tahun-di-sungai-siput-vigneswaran/

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment