Mi-Voice MIC News

Ketua Bahagian MIC diberi amaran supaya bekerjasama dengan komponen BN

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran memberikan amaran kepada para pemimpin parti itu khasnya di peringkat bahagian supaya sentiasa bertolak ansur dan bekerjasama dengan pimpinan komponen seperti UMNO dan MCA bagi kemenangan besar.

“Saya beri amaran kepada yang enggan bekerjasama, mana-mana bahagian yang saya dapat tahu tidak bekerja atau berikan komitmen mereka, tindakan tegas akan diambil serta-merta.

“Semua perlu ingat sesuatu, kita (MIC) sentiasa saling memerlukan dan bergantung harap dengan UMNO dan juga MCA. Jika kita tidak kerja untuk mereka, bagaimanakah kemenangan besar dapat kita kecapi nanti? Saya amat serius dan tidak kompromi dengan mana-mana bahagian jika adanya aduan.

“Jangan biar ‘penari lagu MGR’ datang lagi menari setiap kali pilihan raya dan menipu masyarakat India setiap masa. Masyarakat India sudah banyak kali dipergunakan terutamanya ketika musim pilihan raya, tetapi selepas dapat undi terus lupakan mereka.

“Ini masa untuk kita menang, untuk menang kita perlu bekerjasama dengan semua jentera bagi memastikan hanya kemenangan sahaja milik kita sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 hari ini.

Kata Vigneswaran lagi, sememangnya pihak lawan akan sentiasa meracuni masyarakat India terutamanya ketika menjelangnya musim pilihan raya kononnya tidak ada jasa atau sumbangan oleh MIC kepada kaum ketiga terbesar itu.

“Modal pembangkang hanya itu sahaja kerana MIC ini sentiasa bekerja manakala mereka hanya guna airliur setiap masa janji dan hasut setiap masa. Yang berhempas pulas pula MIC pada setiap masa..

“Kita sudah biasa dan lali digelar ‘anjing UMNO’ tetapi ingatkah anda selepas PH di gulingkan, BN kembali bangkit dan dalam kalangan pemimpinnya banyak menabur bakti, jasa, peruntukan selain memastikan hampir kebanyakan keperluan itu di tunaikan tidak kira apapun.

“Pernah satu Menteri PH apabila penguasaha restoran merayu menangis mohon kemasukan pekerja warga asing, jawapan beliau ialah meminta rakyat kita belajar menjadi tukang masak pula. Saya ada banyak sangat contoh, tempat ini bukan medan untuk kita bicara semuanya pada satu sama,” ujarnya. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2022/10/10/ketua-bahagian-mic-diberi-amaran-supaya-bekerjasama-dengan-komponen-bn/

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment