Mi-Voice MIC News

Presiden MIC melancarkan aplikasi My Smart Movie (MYSM)

Dari Sungai Siput, TYT Tan Sri SA Vigneswaran, Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke India & Asia Selatan merangkap Presiden MIC terus ke Sentul untuk melancarkan aplikasi My Smart Movie (MYSM). Aplikasi ini merupakan inisiatif artis-artis tempatan untuk mempromosikan filem-filem tempatan selaras dengan trend kini aplikasi penstriman video.

Sempat juga beliau bersama Kepimpinan Tertinggi MIC meluangkan masa dengan artis-artis tempatan yang telah menghiburkan semua yang hadir!

Turut hadir bersama YB Senator Datuk T.Mohan, Naib Presiden MIC, YBhg Datuk Kohilan Pillay, Naib Presiden MIC, Tuan Thinalan Dato’ T.Rajagopalu, Ketua Penerangan MIC, Encik Andrew David, Timbalan Ketua Pemuda MIC serta Dr Kishva Ambigapathy, Ketua Putera MIC.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment