Mi-Voice MIC News

Presiden MIC Merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Parlimen Sungai Siput Di Felda Lash

TYT Tan Sri SA Vigneswaran, Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke India & Asia Selatan merangkap Presiden MIC berkesempatan merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Parlimen Sungai Siput di Felda Lasah petang tadi. Beliau teruja dengan bakat-bakat anak muda yang handal bermain sepak takraw di Parlimen Sungai Siput.

Ini salah satu langkah yang positif sekali dan bakal meningkatkan lagi tahap profesionalisme takraw Malaysia dan juga pemain-pemain tempatan.

Diharap program ini dapat diteruskan di masa akan datang agar dapat mencungkil bakat-bakat baru di dalam sukan arena Sepak Takraw di Malaysia.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment