Mi-Voice MIC News

Majlis Makan Malam Amal Unity in Diversity Welfare Association (UIDWA)

Tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa UIDWA kerana berjaya mengadakan Majlis Makan Malam bersama masyarakat setempat.

Persatuan ini sentiasa turun padang membantu masyarakat setempat. TYT Tan Sri Dr SA Vigneswaran cukup kagum apabila satu NGO yang kecil seperti Persatuan ini, mampu melaksanakan begitu banyak perkhidmatan dan bantuan kemanusian di sekitar Port Dickson dan Negeri Sembilan.

Semasa PKP, Persatuan ini telah memberi bantuan makanan kepada 1000 keluarga di sekitar Negeri Sembilan selama 2 tahun. Ia merupakan satu usaha murni yang perlu dipuji.

Beliau sesungguhnya berharap Persatuan ini akan sentiasa berada di tempat yang istimewa di hati masyarakat sekeliling Port Dickson dan kawasan berdekatannya.