Mi-Voice MIC News

BN MIC SUDAH BERSEDIA UNTUK PRN JOHOR

YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains Teknologi & Inovasi telah mempengerusikan Mesyuarat Komunikasi Barisan National yang diketuai oleh YB Datuk Seri Dr Shamsul Annuar Nasarah. Turut hadir En R.Thinalan, Ketua Penerangan MIC Pusat, Wakil MCA serta Barisan kepimpinan Pemuda, Wanita, Putera & Puteri daripada Parti Komponen.

Sebagai sebuah parti yang berpengalaman mantap dan teruji, ‘track record’ Barisan Nasional di dalam menguruskan Malaysia yang majmuk & mampu memacu kestabilan demi kemakmuran negara amatlah terserlah dan terbukti. Maka, amatlah penting untuk BN kembali mendapat mandat penuh daripada rakyat di Johor demi menjana pentadbiran yang stabil dan progresif.

Nampak jelas semangat yang berkobar-kobar dalam kalangan pemimpin dan petugas BN MIC Johor yang sudah bersedia untuk berdepan dengan tugas yang berat lagi mencabar untuk membolehkan Barisan Nasional mendapat majoriti 2/3 demi kestabilan bagi #BangsaJohor. Penglibatan MIC dalam memartabatkan masyarakat India di Johor tidak dapat dinafikan, terutamanya dengan sumbangan daripada pemimpin #MIC dari akar umbi, Cawangan sehingga ke Negeri.

Amanat Presiden MIC, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr. SA Vigneswaran di Majlis Penutupan Taklimat Pilihan Raya MIC Negeri Johor bersama Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad semalam adalah untuk semua Ketua Cawangan MIC untuk menyantuni masyarakat dan menyenaraikan segala isu yang dihadapi di kawasan masing-masing dan menyelesaikannya secepat mungkin.

Kemenangan cemerlang Barisan Nasional di Negeri Melaka harus kita ulangi di Negeri Johor agar #BangsaJohor menikmati kestabilan demi kemakmuran yang berkekalan.

Jentera BN dan MIC sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi PRN Johor. Jentera di setiap peringkat bersedia untuk bergempur. Sama-samalah kita bergerak dengan semangat setiakawan BN yang kita dukungi selama lebih enam dekad dengan visi membela rakyat dan membina #BangsaMalaysia yang berjaya.

Barisan Nasional untuk Johor.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment