Mi-Voice MIC News

Upacara Penutupan Taklimat Pilihanraya MIC Negeri Johor

YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr. SA Vigneswaran, Presiden MIC merangkap Utusan Khas Malaysia ke India & Asia Selatan telah merasmikan Upacara Penutupan Taklimat Pilihanraya MIC Negeri Johor bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. Dalam ucapan Tan Sri, beliau telah meminta semua jentera parti untuk bersiap siaga dan memastikan MIC dan Barisan Nasional menang dengan majoriti yang besar, seterusnya menjadi teraju pemerintahan kerajaan. Ternyata hanya kerajaan Barisan Nasional boleh menjamin kestabilan & masa depan rakyat jelata.