Mi-Voice MIC News

MIC PRIHATIN – MISI BANJIR 2021

Pada 16 Disember2021, beberapa kawasan di Selangor dilanda musibah banjir yang tidak pernah dilanda sebelum ini. Ramai mangsa yang terperangkap, antara sebab utama bekalan elektrik yang tergendala akibat banjir dan arus yang tinggi, ramai mangsa tidak dapat menyalurkan maklumat terperinci akan keadaan semasa mereka dan situasi yang dialami oleh mangsa-mangsa yang terjejas.

Pengalaman MIC dalam kordinasi bantuan kepada mangsa bencana alam memang diketahui ramai dengan rekod prestasi bantuan yang disalurkan kepada bencana alam sebelum ini. Beberapa bot dan kayak disewa khas untuk misi menyelamat mangsa yang memerlukan perhatian segera dari segi perubatan atau keadaan rumah yang tenggelam.

Ramai mangsa bukan sahaja terperangkap di rumah tetapi juga di jalan raya yang tidak dapat merentas jalan akibat banjir di jalanraya. Lebih 10,000 makanan telah disediakan dan diedarkan kepada semua mangsa yang bukan sahaja terperangkap tetapi kepada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara. Makanan masih disediakan sehingga kini setelah Pahang dilanda dengan banjir yang teruk pula.

Sambil misi menyelamat dan bantuan makanan disalurkan, MIC telah menyediakan dan mengedarkan keperluan asas sementara seperti bantal, selimut dan tilam serta bantuan perubatan khusus bagi mangsa yang memang mengambil ubat-ubat tertentu untuk mengawal isu kesihatan mereka. Ramai doktor yang juga merupakan ahli MIC telah turun padang secara sukarela untuk meghulurkan bantuan yang diperlukan.

Kesemua hasil usaha ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa panduan dan nasihat organisasi Presiden MIC Tan Sri Dato Sri Dr. SA Vigneswaran yang bukan sahaja memantau operasi, malah turut serta turun padang menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Banjir kali ini telah memusnahkan semua harta benda yang dimiliki oleh mangsa termasuk dokumen-dokumen penting. Bagi mendapat pertolongan dan panduan, mangsa banjir boleh berhubung dengan MIC bagi mendapatkan pencerahan untuk proses mendapatkan semula dokumen.

Kerja-kerja pembersihan kini giat dilaksanakan yang tertumpu di Selangor. Misi menyelamat dan pemberian bantuan asas kini turut disalurkan ke Pahang.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kisah apa jua jenis bantuan yang diberikan biar ia barangan ataupun masa, anda lah hero Malaysia.

Yang Berkhidmat,
Thinalan Dato’ T.Rajagopalu
Ketua Penerangan MIC