MIC Women

BN komited perkasa kaum wanita – Mohana

KUALA LUMPUR – Lima calon wanita Barisan Nasional (BN) yang diketengahkan pada Pilihan raya Negeri (PRN) Melaka mempunyai kekuataan tersendiri.

Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy berkata, BN komited memperkasakan wanita walaupun menerima kritikan yang mana calon terbabit akan menyumbang kepada kemenangan parti.

“Calon-calon diketengahkan kali ini ialah calon yang setia kepada parti. BN mengetengahkan 49 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah untuk memperlihatkan calon-calon muda boleh menawarkan perkhidmatan terbaik.

“Mereka juga mampu bekerja siang malam untuk rakyat selari dengan slogan BN iaitu Kestabilan Demi Kemakmuran,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 pada 4 Oktober lalu selepas bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang majoriti sokongan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) bertindak menarik balik sokongan kepada kepimpinan beliau.

UMNO meletakkan seramai 20 calon untuk bertanding pada PRN itu berbanding 18 calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 manakala MCA meletakkan tujuh calon – kurang satu berbanding pada PRU 2018 sementara MIC meletakkan seorang calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

Kata Mohana lagi, ramai pemimpin wanita BN akan mendekati pengfundi menerusi jentera Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus.

https://malaysiagazette.com/2021/11/08/bn-komited-perkasa-kaum-wanita-mohana/

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment