MIC Women

PROGRAM LET’S LEARN ENGLISH

Majlis Penutupan rasmi Program Let’s Learn English telah diadakan di Dewan Kantan, Kota Damansara. Program Let’s Learn English ini telah dianjurkan oleh YBhg Puan S. J. Usha Nandhini, Ketua Wanita MIC Kebangsaan merangkap Penyelaras MIC Parlimen Sg. Buloh P107. Kelas ini telah dijalankan selama 8 minggu secara percuma untuk pelajar – pelajar sekolah rendah kawasan Sg. Buloh. Matlamat program ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan tahap pembacaan, pertuturan dan penulisan pelajar dalam English. Sijil penyertaan telah diberikan kepada pelajar – pelajar yang menamatlan kelas 8 minggu ini. Turut hadir dalam program ini adalah Tuan Saundarasan, Pengerusi MIC Bahagian Sg. Buloh dan Puan Desamah, Ketua Wanita MIC Bahagian Subang.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment