Mi-Voice MIC Youth

Sumbangan Pemuda kepada Warga Cameron Highlands!

Ketua Pemuda MIC Kebangsaan telah bersama dengan Pemuda, Wanita ,Puteri dan MIC Bahagian Cameron Highlands telah mengedarkan sumbangan bantuan barangan keperluan asas kepada 450 keluarga berbilang kaum yang terdiri daripada Melayu, India, Cina dan Orang Asal sekitar kawasan Cameron Highlands, Pahang. Segala SOP & peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dipatuhi sepanjang proses pengedaran Sumbangan ini. Dato’ Ravi Ketua Bahagian, Saudara M.Karthik Ketua Pemuda Negeri Pahang & Saudara Ruben ketua Pemuda Bahagian bersama dengan ketua-ketua Cawangan dan Pemuda Bahagian telah membantu mengedarkan bantuan di cawangan masing-masing. Turut tidak dilupakan kerjasama UMNO Bahagian Cameron Highlands dan MCA Bahagian Cameron Highlands dalam membantu menjayakan misi ini.

Terima kasih diucapkan kepada
DHRRA Malaysia, Yayasan Food Bank Malaysia, Encik.Hans Bala, Encik, Luna Xpert Cosmetics, KPS International dan para penyumbang lain yang telah menjayakan program pada hari ini.