MIC Women

Wanita MIC memberi bekalan sayur-sayuran kepada masyarakat Port Dickson

Dr.Tanaletchumy Palanisamy, Ahli Majlis Tertinggi Wanita MIC Kebangsaan merangkap Ketua Wanita MIC Bahagian Port Dickson bersama Ahli Jawatankuasanya telah mengagihkan bekalan sayur-sayuran secara percuma kepada Komuniti setempat pagi ini di Kuil Bukit Palong Lukut, Port Dickson dengan kerjasama Sooriya Udhayam Malaysia, MIC Bahagian Port Dickson dan Pemuda MIC Bahagian Port Dickson.

Hampir 1000 keluarga di sekitar Daerah Port Dickson telah menerima sumbangan sayur-sayuran ini.Melalui bantuan ini diharapkan akan mengurangkan beban keluarga dan menggalakkan orang ramai mengambil makanan berkhasiat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Kumunan Sooriya Udhayam Malaysia, Timbalannya En.Rajendran, Dato’ Velloo Pengerusi MIC Bahagian Port Dickson merangkap Pengerusi MIC Badan Perhubungan Negeri Sembilan bersama Ahli Jawatankuasanya, Penyelaras Parlimen Port Dickson Dato’Bala, Penyelaras DUN Sri Tanjung En.Rajendran, Mantan Ketua Wanita MIC Negeri Sembilan Pn.Jayamani dan Ahli Jawatankuasa Wanita MIC Bahagian Port Dickson,Pengerusi Kuil Bukit Palong Lukut serta Ahli Jawatankuasanya dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program pagi ini.