Mi-Voice MIC News

(TERKINI) PM umum PKP dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 28 April

PUTRAJAYA, Apr 10: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi membendung penularan wabak Covid-19 akan dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 28 April 2020. Fasa kedua PKP sebelum ini dijadualkan sehingga 14 April 2020.

PM di dalam ucapan beliau menzahirkan penghargaan kepada semua barisan hadapan negara di dalam memerangi wabak Covid-19, dan juga kepada rakyat Malaysia yang bekerjasama membantu kerajaan mengharungi cabaran yang dihadapi.

Berita sepenuhnya akan menyusul

https://www.thesentral.my/2020/04/10/terkini-pm-umum-pkp-dilanjutkan-2-minggu-lagi-sehingga-28-april/