MIC News

Program Jelajah ‘Dialog Harmoni’ pemuda BN bincang isu sensitif

KUALA LUMPUR, Nov 30: Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan pemuda BN akan memulakan program dialog untuk membincangkan isu-isu sensitif melibatkan semua kaum.

Asyraf yang juga pengerusi Pemuda BN berkata para pemimpin pemuda perlu bersedia untuk berbincang secara terbuka dalam platform yang digelarnya sebagai “Dialog Harmoni”.

Berucap di perhimpunan agung pemuda MCA ke-55 di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata mereka perlu membincangkan isu-isu sensitif secara terbuka dan berterus-terang.

“Sebagai pengerusi BN, saya katakan ini agenda kita bersama. Saya berjanji, bersama-sama Nicole dan rakan yang lain, kita akan jelajah ke negeri dan kawasan parlimen untuk apa yang kita panggil ‘Dialog Harmoni’.

“Bersedia untuk bincang secara terbuka, jangan…cakap sedikit pasal UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) melenting, cakap pasal hak orang Melayu melenting. Kita bincang baik-baik, duduk semeja dan berterus-terang,” katanya lagi.

Pada masa sama, katanya, semua kaum perlu memahami sensitiviti kaum lain – antaranya soal agama bagi orang Melayu dan pendidikan untuk orang Cina. -MalaysiaKini

POSTED BY: VASUDEVAN KRISHNASAMY NOVEMBER 30, 2019 – MalaysiaKini