KUALA LUMPUR, Mei 31: Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan hari ini menyaran golongan muda agar memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pendaftaran pengundi di atas talian melalui MySPR Daftar yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pendaftaran pengundi baru dan penukaran alamat mengundi secara online.
“Pemerkasaan sistem demokrasi bermula dengan Generasi Muda selaras dengan seruan kerajaan dalam mengalakkan lebih banyak anak- anak muda untuk mendaftarkan bagi menunaikan tanggung jawab mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Theeageesh Ganesan, Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan.
“MySPR Daftar adalah satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan rakyat Malaysia, terutamanya anak-anak Muda atau lebih dikenali sebagai Gen Y, yan belum mendaftar sebagai pengundi bagi mendaftar dengan kaedah mudah di atas talian. Dianggarkkan terdapat seramai 3.7 juta orang yang layak mengundi, tetapi masih tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.”
“Maka, Pergerakan Pemuda MIC dengan ini menyeru agar semua anak- anak muda yang belum mendaftar untuk mengambil peluang keemasaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, daftarkanlah diri anda sebagai pengundi demi menunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia,” saran Theeageesh lagi.
Add Comment