Mi-Voice MIC News

Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden MIC

Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah, YB Datuk Seri M.Saravanan di Perhimpunan Agung MIC Ke – 77.

Sesi perbahasan yang agak memberangsangkan antara perwakilan yang membangkitkan pelbagai isu dan persoalan mengenai hala tuju parti.

Namun setiap persoalan pasti ada penyelesaian, YB Datuk Seri M.Saravanan menekankan betapa pentingnya pergerakan dan impak akar umbi pada parti MIC.

Selain itu, beliau juga menerangkan mekanisma-mekanisma penjanaan pendapatan parti supaya jika berlaku sebarang kemungkinan pada masa hadapan, Parti Keramat MIC tetap akan kekal teguh seperti sedia ada.

Semoga segala perbincangan yang berlaku sewaktu Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden tadi dipermudahkan dan menjadi nyata pada masa yang akan datang.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment