Mi-Voice MIC News

YB Datuk Seri M.Saravanan di Kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Pulai & DUN Simpang Jeram

YB Datuk Seri M Saravanan, Ahli Parlimen Tapah merangkap Timbalan Presiden MIC telah mempengerusikan mesyuarat koordinasi gerak kerja Jentera MIC berkait kempen piliharaya kecil Parlimen Pulai & DUN Simpang Jeram, Johor.

Seterusnya, beliau telah hadir ke Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam, Johor Bahru. Selesai majlis di Kuil, beliau juga menyantuni warga Pulai dalam majlis sembang santai & ramah mesra bersama calon P.161 Saudara Suhaizan Kalat anjuran Persatuan Shirdi Sai Siddheshvaraya Mandir, Bukit Mewah, Parlimen Pulai.

Turut hadir YBhg Datuk T.Mohan, YBhg Dato T.Murugiah, YBhg Datuk Kohilanpillay (Naib-Naib Presiden MIC) diiringi oleh YB R.Vidyananthan, ADUN Kahang merangkap Pengerusi MIC Negeri Johor serta barisan Kepimpinan Tertinggi MIC Negeri Johor.