Mi-Voice MIC News

Kenyataan Media Setiausaha Agung MIC

  1. Mengikut keputusan sebulat suara Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat ( CWC) Malaysian Indian Congress ( MIC) yang telah diadakan pada 30-6-2023, parti MIC tidak akan bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi negeri- negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Keputusan ini telah dicapai selepas perbincangan selama lebih kurang 4 jam, setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli CWC.
  2. Namun, MIC akan melaksanakan peranannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).
  3. Keputusan parti MIC telah pun dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri sebagai Pengerusi Kerajaan Perpaduan Madani.
  4. Saya juga ingin menarik perhatian kepada kenyataan YB Datuk Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan yang telah menyatakan bahawa keputusan muktamad telah pun dibuat mengenai pengagihan kerusi-kerusi untuk ditandingi pada PRN kelak, tetapi fakta ini tidak dibincang mahupun dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional ataupun parti MIC
  5. Keputusan parti MIC yang disebut di atas untuk tidak bertanding di PRN yang akan datang dibuat semata-mata untuk melindungi kepentingan parti MIC. Pada masa ini, parti MIC akan memberi lebih perhatian kepada proses untuk membina struktur parti yang lebih mantap bagi menghadapi PRU-16 kelak.

En. RT Rajasekaran
Setiausaha Agung MIC
5-7-2023

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment