Mi-Voice MIC News

Program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India

YBhg Tan Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC bersama-sama Guru-Guru Besar dan warga pendidik Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Program Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre.

Dalam ucapan YBhg Tan Sri Presiden telah menekankan pelaksanaan Malaysia Indian Blueprint (MIB) yang merupakan salah satu kejayaan nyata dalam pembangunan dasar negara untuk masyarakat India. Beliau percaya pelaksanaan MIB akan memastikan masyarakat India menjadi sebahagian daripada dan sekali gus terlibat secara langsung dalam arus perdana pembangunan negara.

Sekalung penghargaan juga kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Ahli Parlimen Sungai Buloh merangkap Pengerusi JPPK MITRA dan YB Charles Santiago, Pengerusi SPAN atas kesudian menjayakan program petang ini. Terima kasih juga kepada YB Senator Dato’ Dr Nelson Renganathan, Pengerusi Biro Pendidikan MIC sebagai Sekretariat dalam menjayakan program pagi tadi iaitu program forum untuk semua Guru-Guru Besar SJKT.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment