Mi-Voice MIC News

Kunjungan Hormat Presiden MIC ke atas YAB Perdana Menteri Malaysia

Pagi tadi, YBhg Tan Sri Dato’ Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Pertemuan dan perbincangan bersama YAB Dato’ Seri telah berlangsung dalam suasana penuh kemesraan tetapi serius mengenai isu-isu kesejahteraan rakyat.

Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada Presiden MIC.

Moga kerjasama serta persefahaman erat yang telah terjalin selama ini akan terus utuh serta kukuh demi kedaulatan negara tercinta.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment