Mi-Voice MIC News

KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA AGUNG MALAYSIAN INDIAN CONGRESS

1. Parti Malaysian Indian Congress (MIC) mengucapkan tahniah kepada
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana terpilih dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

2. Malaysian Indian Congress (MIC) juga merakamkan sokongan kepada titah Yang Dipertuan Agung, untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

3. Walaubagamanapun, parti Malaysian Indian Congress (MIC) menghormati pilihan para pengundi semasa PRU ke-15 dan menyatakan bahawa part MIC melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC pada hari ini telah bersetuju untuk tidak menerima sebarang jawatan sebagai Timbalan Menteri di dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.

4. Semoga YAB Perdana Menteri Malaysia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab YAB dengan sempurna dan adil untuk semua kaum di Malaysia.

MR RAJASEKARAN R. THIYAGARAJAN
SECRETARY GENERAL
MALAYSIAN INDIAN CONGRESS

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment