Mi-Voice MIC News

KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG MIC

Berikutan dengan video yang tular di media sosial mengenai seorang ahli Pemuda MIC yang kelihatan telah mencederakan orang yang lain. Justeru itu, pada 6hb Ogos 2022, Presiden MIC telah menggantung keahlian En. JEGATHEESWARAN SEKHARAN @ TAMILAN ESWARAN, mengikut Artikel 61.1 Perlembagaan Parti MIC kerana perbuatan beliau bertentangan dengan visi dan misi parti. MIC sama sekali tidak menyokong mana-mana keganasan di dalam apa jua bentuk dan cara sekali pun.

Sila ambil perhatian, bahawa penggantungan En. Jegatheeswaean Sekharan@ Tamil Eswaran dari parti MIC, tidak bermakna bahawa beliau adalah bersalah di atas apa-apa tuduhan tersebut. Walau bagaimanapun parti MIC terpaksa mengambil tindakan ke atas beliau sekarang, memandangkan bahawa video kejadian tersebut telah nenular di media sosial dan parti MIC khuatir jikalau sebarang tindakan yang tegas tidak di ambil, maka ini akan menjadi suatu teladan yang buruk kepada mana-mana pihak. Sebarang tindakan parti MIC berikutan perkara ini, akan berlandaskan kepada penyiasatan dan tindakan seterusnya oleh pihak polis kelak.

Pada masa ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan di atas serangan tersebut dan diharapkan pihak polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan saksama. Parti MIC tidak akan menyokong mana-mana pihak di dalam perkara ini dan tidak akan mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang siasatan tersebut.

Ditegaskan juga, MIC amat menekankan prinsip parti bahawa kami tidak akan menyokong mana-mana kegiatan anti-sosial di dalam apa-apa bentuk terutama kegiatan keganasan. Ingin dimaklumkan di sini juga, parti MIC telah menjalankan banyak aktiviti-aktiviti anti-keganasan di seluruh negara sebelum ini dan menyeru semua ahli MIC menjunjung Perlembagaan Malaysia serta undang-undang negara tanpa sebarang kompromi. Tindakan keganasan bukanlah jalan penyelesaian untuk sebarang provokasi oleh sesiapa pun.

Sekian, Terima kasih,

Yang Benar,

Rajasekaran R.Thiyagarajan
Setiausaha Agung MIC

https://malaysiagazette.com/2022/08/06/mic-gantung-keahlian-tamilan-selepas-video-tular/

https://www.malaysiakini.com/news/631169

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment