Mi-Voice MIC News

Presiden MIC Mendengar Rintihan & Luahan Ahli Keluarga Tahanan SOSMA

TYT Tan Sri Dato’ Sri Dr SA Vigneswaran, Utusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia ke Asia Selatan & India merangkap Presiden MIC telah meluangkan masa bagi mendengar secara langsung rintihan dan luahan ahli keluarga tahanan SOSMA yang didapati tiada halatuju dalam mengatasi situasi yang telah menjejaskan mereka dan anak-anak mereka.

Beliau telah mengarahkan penubuhan satu jawatankuasa khas Hak Asasi Kemanusian MIC yang akan diketuai oleh Peguam Kanan Dato’ David Gurupatham berserta beberapa Peguam Kanan di Malaysia. MIC juga akan menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada keluarga yang memerlukan.

Turut hadir bersama Tuan R.T.Raja, Setiausaha Agung MIC, Tan Sri Ramasamy, Bendahari Agung MIC, Tuan Thinalan T.Rajagopalu, Ketua Penerangan MIC serta Barisan Peguam.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment