Mi-Voice MIC News

KUNJUNGAN MASYARAKAT SUNGAI SIPUT

Hujung minggu, TYT Tan Sri Dato’ Sri SA Vigneswaran, Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke India & Asia Selatan merangkap Presiden MIC telah menerima kunjungan daripada masyarakat Sungai Siput. Beliau telah menghulurkan bantuan perubatan, kebajikan, pendidikan & dana keusahawanan untuk rakyat Sungai Siput.