Mi-Voice MIC News

YB Datuk Seri M.Saravanan telah mengadakan lawatan kerja ke Cyberdyne Studio

YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC telah mengadakan lawatan kerja ke Cyberdyne Studio di Ibaraki Prefecture, Jepun bagi melihat teknologi Neuro-Robotik tercanggih iaitu Robot Suit HAL, robot cyborg pertama di dunia.

Lawatan ini memberikan gambaran yang lebih jelas penggunaan robotik dan teknologi terkini dalam hal-hal berkaitan dengan pemulihan dan rehabilitasi Neuro-Robotik. PERKESO akan memperluas serta mempelbagaikan teknologi ini di pusat rehabilitasi yang akan dibina di Perak kelak.

Dengan usaha ini, pusat rehabilitasi PERKESO Perak akan menjadi pusat serantau yang memberikan manfaat kepada populasi di ASEAN, selain dapat mempromosikan dan merancakkan industri pelancongan kesihatan di Malaysia.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment