Mi-Voice MIC News

YB Datuk Seri M.Saravanan telah bertemu AnnMarie Highsmith daripada US CBP

YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Preaiden MIC telah bertemu dengan AnnMarie Highsmith, Penolong Eksekutif Pesuruhjaya Perdagangan, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (US CBP). Turut hadir Duta Amerika ke Malaysia, TYT Brian McFeeters.

Dalam pertemuan ini, beliau mencadangkan jalinan kerjasama antara dua pihak melalui penubuhan Jawatankuasa Kerja dalam usaha membanteras isu buruh paksa. Ini termasuk mendapatkan maklumat awal berkaitan dengan syarikat yang akan dikenakan sekatan mahupun yang berada dalam senarai perhatian Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.

Tidak hanya itu, turut dicadangkan supaya jawatankuasa ini mengadakan pertemuan setiap tiga bulan bagi bertukar maklumat dan mendapatkan perkembangan terkini. Selain daripada itu, pihak US CBP turut menyokong hubungan strategik sebegini dengan menawarkan program-program kerjasama termasuk pembangunan kapasiti.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment