Mi-Voice MIC News

Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021

Pagi ini YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC bersama barisan pucuk kepimpinan MIC telah menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang disempurnakan oleh Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

PAU kali ini amat signifikan dengan kebangkitan semula Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO ke arah menghadapi PRU-15. MIC sebagai rakan setia UMNO hampir tujuh dekad akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk memperjuangkan nasib Bangsa dan Negara.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment